Budak lelaki empat tahun maut jatuh dari tingkat 30

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat 30 sebuah pangsapuri di Bukit Jalil pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu pada jam 11.17 pagi.
“Kita menerima laporan mengenai kejadian itu melalui panggilan kecemasan MERS 999 yang memaklumkan seorang kanak-kanak terjatuh di residensi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Aidil berkata, jenazah kanak-kanak itu telah dibawa ke Unit Forensik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk proses bedah siasat pada Jumaat.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
