Disangka hamil, Ernie Zakri tidak salahkan peminat

Peminat menyangka Ernie hamil ketika konsert di Singapura Sabtu lalu.
Peminat menyangka Ernie hamil ketika konsert di Singapura Sabtu lalu.
A
A
A

PENYANYI bersuara lunak, Ernie Zakri, tidak menyalahkan keterujaan segelintir peminat yang menyangkakan dia kini sedang hamil anak kedua.

Ujar pemilik nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, bagaimanapun setakat ini, dia masih belum hamil seperti yang didakwa, sementelah mahu memberi perhatian kepada kerjaya dan anak sulungnya, Nur Khawla Soleha, yang berusia tiga tahun.

“Saya tidak pernah menolak jika ada rezeki hamil anak kedua, Insya-ALLAH doa-doakan. Tapi, setakat hari ini, ini adalah makanan.

“Awal-awal dulu saya ada sedikit rasa rimas, tetapi saya memahami juga. Saya faham peminat suka meraikan apa yang membahagiakan untuk kehidupan saya. Saya bersyukur dan perlu melihat daripada perspektif lain juga.

“Saya dan suami setakat ini masih merancang disebabkan kerjaya dan membesarkan Khawla yang akan masuk sekolah minggu depan. Jadi, kami harus tengok betul-betul,” ujarnya.

Ernie berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya bersama Anggi Marito, iaitu "Kisah Penuh Kecewa" di pejabat Universal Music Malaysia di Petaling Jaya pada Rabu.

Dalam masa sama, isteri penyanyi Syamel itu tidak menolak rekaan gaun yang digayakan semasa konsert Aura: Ernie Zakri Live in Concert yang berlangsung di The Theatre at Mediacorp, Singapura, pada Sabtu lalu telah mengundang salah faham.

“Mungkin sebab baju itu juga yang distrukturkan sebegitu. Ia memang sedikit kembung di depan, jadi biasalah peminat memang sangat gembira dan apa sahaja berita yang mereka nampak daripada saya, mereka akan raikan.

“Cuma awal sangat mereka raikan, saya masih belum maklumkan apa-apa lagi. Apapun, saya tidak menolak nak menafikan, jika ada rezeki anak kedua, saya okay sahaja.

Artikel Berkaitan:

“Saya tidak boleh lagi rasa orang cakap saya gemuk dan sebagainya. Saya rasa kurus sahaja, tapi mungkin sebab baju itu. Kadang-kadang bila berhijab ini ada satu kesukaran sedikit untuk berfesyen.

“Jadi, mungkin niat pereka fesyen untuk memberikan yang terbaik. Saya tetap rasa baik dengan gaun itu, tapi kalau peminat menyangka saya mengandung, saya terima sahaja,” ungkapnya tenang.

Terdahulu, media sosial Ernie dihujani ucapan tahniah daripada peminat yang menyangka dia kini hamil anak kedua gara-gara dilihat memiliki ‘baby bump’ semasa menjayakan konsert di Singapura.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!