[VIDEO] Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Makkah

A
A
A

MAKKAH – [DIKEMAS KINI] Dua lagi jemaah haji dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci menjadikan jumlah keseluruhan tujuh orang setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, jemaah berkenaan dikenali sebagai Siti Hawa Ibrahim, 64, dari Terengganu dan Abdul Halim Awang, 76, dari Alor Setar, Kedah.

Menurutnya, Allahyarham Siti Hawa dari KT015 Maktab 85A Land Premium meninggal dunia pada jam 9.32 malam Selasa akibat serangan jantung di Hospital King Abdullah.

Lembaga TH melaporkan dua lagi kematian membabitkan jemaah haji Malaysia. Gambar kecil: Abdul Halim dan Siti Hawa
Lembaga TH melaporkan dua lagi kematian membabitkan jemaah haji Malaysia. Gambar kecil: Abdul Halim dan Siti Hawa

“Allahyarham Abdul Halim pula dari KT033 Maktab 89B Al Fajar Al Badae 5 meninggal dunia pada jam 2.45 pagi Rabu.

“Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ di Hospital King Abdullah,” katanya kepada pemberita selepas Program Pelepasan Jemaah Haji Malaysia ke Arafah di Abraj Al Tayseer di sini.

Mohd Na’im berkata, Lembaga Tabung Haji telah memaklumkan kepada waris Allahyarham dan akan menguruskan segala keperluan jenazah termasuk pelaksanaan badal haji.

“Pihak Tabung Haji menguruskan semua pengurusan berkaitan jenazah Allahyarham.

“Saya dan pengurusan Tabung Haji mengucapkan takziah kepada waris dan keluarga Allahyarham,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!