Tentera Israel bunuh 24 rakyat Palestin tunggu bantuan di Rafah

Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan berkata kematian berlaku di kawasan "Al-Alam" di Rafah, tempat penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal berkumpul untuk menerima bantuan, sambil memaklumkan bahawa angka korban itu adalah awal kerana ramai yang cedera berada dalam keadaan kritikal.
Kejadian itu merupakan insiden maut terbaru membabitkan tentera Israel yang menyasarkan rakyat Palestin ketika mereka cuba mendapatkan bantuan melalui mekanisme agihan bantuan yang diperkenalkan oleh Israel dan berkuat kuasa pada 27 Mei.- Bernama/Anadolu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
