Remaja antara lima individu diberkas bergaduh di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR - Seorang remaja antara lima individu diberkas dipercayai terlibat dalam pergaduhan di Dataran Merdeka, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, tangkapan itu dijalankan susulan siasatan berhubung video tular memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh dan memukul antara satu sama lain menggunakan topi keledar di kawasan terbabit.
"Siasatan lanjut kemudian membawa kepada tangkapan lima lelaki tempatan berumur antara 17 hingga 23 tahun disyaki terbabit dalam kejadian.
"Kesemua suspek kini direman hingga 5 Jun ini bagi membantu siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
"Polis memandang serius insiden berkenaan kerana ia mengancam ketenteraman awam dan keselamatan orang ramai.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak terlibat dalam sebarang kegiatan yang melanggar undang-undang," katanya.
Menurutnya, sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999, atau mana-mana balai polis berhampiran.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

