Polis siasat pergaduhan di Dataran Merdeka

Tangkap layar rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Gambar kecil: Sulizmie
Tangkap layar rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Gambar kecil: Sulizmie
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sekumpulan lelaki yang bergaduh di Dataran Merdeka, di sini, kini giat dikesan oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata di tempat awam.

Katanya, siasatan dijalankan susulan laporan maklumat pertama yang dibuat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ekoran video kejadian yang tular di media sosial.

"Usaha mengesan mereka yang terlibat sedang dalam tindakan pihak polis," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Rakaman video tular memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai melibatkan penunggang motosikal terlibat dalam pergaduhan.
Rakaman video tular memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai melibatkan penunggang motosikal terlibat dalam pergaduhan.

Sejak Sabtu, rakaman video tular memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai melibatkan penunggang motosikal terlibat dalam pergaduhan.

Dalam video tersebut, individu yang terlibat dilihat memukul menggunakan topi keledar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!