Polis siasat video tular warga asing bertengkar di stesen minyak

Tangkap layar video tular menunjukkan seorang lelaki warga asing bertengkar dengan seorang lelaki sebelum bertindak melarikan diri.
Tangkap layar video tular menunjukkan seorang lelaki warga asing bertengkar dengan seorang lelaki sebelum bertindak melarikan diri.
A
A
A

SEREMBAN – Polis meminta individu yang terlibat dalam video tular berhubung pertikaman lidah membabitkan seorang lelaki warga asing di sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Pilah menghala ke Bukit Putus di sini supaya tampil bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintenden Muhd Amrul Yazid Anuar berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung insiden berkenaan.

Menerusi video yang tular, kelihatan beberapa lelaki warga Afrika bertengkar dengan seorang lelaki dipercayai warga tempatan, namun punca sebenar pertelingkahan masih belum dapat dipastikan.

Sebuah kereta jenis Proton X50 berwarna biru yang dipercayai dipandu oleh lelaki warga asing turut dilihat dipandu secara tergesa-gesa dengan but belakang tidak bertutup.

Rakaman tersebut turut menunjukkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai milik mangsa mengalami kerosakan di bahagian hadapan yang menyerupai kesan pelanggaran.

Bagaimanapun, kenderaan tersebut kemudiannya dilihat meninggalkan lokasi kejadian.

Ketika insiden berlaku, beberapa kenderaan pelanggan turut berada di kawasan stesen minyak terbabit untuk mengisi minyak.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!