Guru tadika didakwa cederakan murid guna pen, direman 6 hari

Noor Ariffin
Noor Ariffin
A
A
A

GOMBAK – Seorang wanita berusia 30 tahun ditahan reman selama enam hari bermula Sabtu hingga Khamis bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dipercayai dicederakan oleh gurunya menggunakan pen di sebuah tadika swasta di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, wanita itu ditahan selepas laporan dibuat oleh bapa mangsa, yang mendapati anaknya mengalami kecederaan di kepala.

"Berdasarkan keterangan pengadu, kecederaan itu disebabkan tindakan guru yang mencederakan anaknya semasa berada di tadika," katanya ringkas ketika dihubungi pada Sabtu.

Pada Jumaat, media melaporkan guru itu ditahan sekitar jam 2 petang Jumaat oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, susulan laporan yang dibuat oleh bapa mangsa.

Beliau berkata, mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut dan disahkan mengalami kecederaan soft tissue injury di bahagian kepala.

Siasatan lanjut kini dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!