Jururawat terselamat, kereta terbakar

Anggota bomba sedang memadamkan sebuah kereta terbakar di kilometer 10.5 Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) Putra Height menghala ke USJ pada Sabtu.
Anggota bomba sedang memadamkan sebuah kereta terbakar di kilometer 10.5 Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) Putra Height menghala ke USJ pada Sabtu.
A
A
A

SUBANG JAYA – Seorang jururawat berdepan detik cemas selepas kereta yang dipandunya terbakar di Kilometer 10.5 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Putra Heights menghala ke USJ, di sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.44 pagi.

“Seramai enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ahmad Mukhlis berkata, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati sebuah kereta jenis Ford Fiesta terbakar sebanyak 70 peratus.

“Wanita berusia 39 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan sempat keluar dari kereta semasa kejadian,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!