MCMC siasat video pijak gambar Jalur Gemilang di TikTok - Fahmi

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang mempersenda dan menghina Jalur Gemilang yang menjadi lambang kedaulatan, perpaduan serta identiti negara.
"Tindakan tegas akan diambil," katanya kepada Bernama sejurus tiba di sini pada Khamis.
Fahmi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita petang Khamis bagi menghadiri Asia-Pacific Telecommunity Ministerial Meeting (APT-MM) 2025 yang dijadual berlangsung dari 30 hingga 31 Mei 2025 di sini.
Menurut laporan portal berita tempatan, video siaran langsung itu didakwa distrim dari Sri Lanka serta berada dalam talian selama lebih empat jam, yang turut dipercayai menjadi medan perang siber antara pengguna di Malaysia dan Sri Lanka. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
