Taska diarah tutup sehingga siasatan bayi meninggal dunia selesai

Laporan Sinar Harian pada Rabu mengenai bayi tujuh bulan maut di taska akibat tercekik susu dan makanan.
Laporan Sinar Harian pada Rabu mengenai bayi tujuh bulan maut di taska akibat tercekik susu dan makanan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah taska di Taman Danau Kota di sini diarahkan tutup susulan kes kematian bayi lelaki berusia tujuh bulan pada Isnin lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Che Murad Sayang Ramjan ketika dihubungi berkata, taska berkenaan diarah menghentikan operasi sehingga siasatan selesai dijalankan.

Semalam, semakan JKM terhadap taska di Taman Danau Kota yang terbabit dengan kejadian seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan ditemukan tidak sedarkan diri adalah berdaftar.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, tiada tangkapan dibuat berhubung kes berkenaan.

"Beberapa saksi yang dikenal pasti sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan, termasuk pemilik taska, pengasuh, ibu bapa bayi berkenaan serta pihak JKM.

"Siasatan kes itu sedang dijalankan Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam semua aspek termasuk unsur kecuaian," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di sini pada Khamis.

Semalam, Bernama melaporkan kematian bayi lelaki berusia tujuh bulan itu disahkan akibat tersedak susu dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!