Dua suspek simbah asid di Bachok dibebaskan

Dua suspek kes simbah asid ke atas pengusaha spa di Beris Kubur Besar pada 17 Mei lalu dibebaskan dengan jaminan polis pada Rabu.
Dua suspek kes simbah asid ke atas pengusaha spa di Beris Kubur Besar pada 17 Mei lalu dibebaskan dengan jaminan polis pada Rabu.
A
A
A

BACHOK - Dua suspek yang terlibat dalam kes simbah asid ke atas seorang pengusaha spa di Beris Kubur Besar pada 17 Mei lalu telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Rabu.

Sebelum ini, kedua-dua individu tersebut, termasuk seorang wanita yang bekerja di sebuah kilang getah, ditahan reman bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaludin, ketika dihubungi pemberita pada Khamis, mengesahkan pembebasan lelaki berusia 45 tahun dan wanita berusia 38 tahun yang ditahan di Kuala Krai itu.

"Polis memberikan jaminan kepada kedua-dua suspek sehingga laporan sampel asid yang diambil dari kilang tempat suspek bekerja diperoleh daripada Jabatan Kimia dan makmal forensik Polis Diraja Malaysia," katanya.

Beliau menambah, siasatan lanjut berkaitan kes tersebut masih dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pada 18 Mei, Sinar Harian melaporkan seorang wanita berusia 27 tahun terpaksa menjalani pembedahan selepas disimbah asid dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam Sabtu di sebuah spa di Beris Kubur Besar, Tawang.

Mangsa ketika itu berada di spanya bersama anak setelah menerima mesej daripada seorang 'pelanggan' yang mahu mendapatkan khidmat urutan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!