18 peniaga degil sedia shisha

Dr Izani (depan, tengah) bergambar bersama 21 kakitangan yang dilantik sebagai Ahli Majlis MPKB BRI kali ini.
Dr Izani (depan, tengah) bergambar bersama 21 kakitangan yang dilantik sebagai Ahli Majlis MPKB BRI kali ini.
A
A
A

KOTA BHARU – Seramai 18 peniaga di sekitar Kota Bharu berdepan tindakan penguatkuasaan kerana menyediakan shisha di premis makanan masing-masing termasuk secara tersembunyi.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin berkata, walaupun bilangannya sedikit berbanding jumlah keseluruhan iaitu sebanyak 3,000 premis, namun hukuman tegas perlu diambil.

“Jika didapati melanggar larangan penjualan shisha, mereka boleh dikenakan kompaun manakala dalam kes yang lebih tegas, penggantungan lesen perniagaan akan dibuat.

“Sesuai dengan Kempen Inisiatif Kelantan Bebas Asap Rokok (Ikbar) dan larangan merokok di kedai makan, alat menghisap tembakau yang popular di negara Timur Tengah ini juga perlu dibendung dari awal,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Angkat Sumpah dan Penerimaan Watikah Ahli Majlis MPKB BRI melibatkan 21 kakitangan, semalam.

Menurutnya, ini kerana aktiviti menghisap shisha mencerminkan sikap malas dalam kalangan Melayu yang membuang masa dengan aktiviti tidak produktif.

Artikel Berkaitan: