Permainan politik punca PH Perak jatuh

Choo Kiong (tengah) bersama Hasnul dan Sivasubramaniam mengambil keputusan keluar parti demi rakyat.
Choo Kiong (tengah) bersama Hasnul dan Sivasubramaniam mengambil keputusan keluar parti demi rakyat.
A
A
A

IPOH - Permainan politik menjadi punca utama kejatuhan Pakatan Harapan (PH) sehingga memberi kesan kepada rakyat yang sudah membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong berkata, perubahan landskap politik negeri menyebabkan beberapa projek untuk rakyat terpaksa ditangguhkan.

Menurutnya, usahanya bersama ADUN Buntong, A Sivasubramaniam dan Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim adalah untuk kepentingan rakyat.

“Kita menerima banyak mesej yang kecewa kerana mereka memilih PH sebagai kerajaan pada penggal ini.

"Tetapi permainan politik mengakibatkan kerajaan PH jatuh dan hak rakyat dipinggirkan. Akhirnya rakyat Perak yang memilih PH menjadi mangsa

“Atas sebab itu, kami membuat keputusan untuk keluar parti dan kami akan sokong Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) supaya hak rakyat kawasan masing-masing dan Perak amnya dipelihara,” katanya di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga ADUN Perak umum keluar PH

Choo Kiong yang juga bekas Bendahari DAP Perak berkata, projek yang bakal dilaksanakan akan tergendala sekiranya kembali kekal sebagai pembangkang.

Artikel Berkaitan:

“Saya sebagai Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak melihat projek perumahan di Sungai Pari, pelaburan dan pembangunan bakal terlaksana.

“Kalau jadi pembangkang, semua projek tak dijalankan. Keputusan kami ini bukan untuk kepentingan peribadi atau parti tetapi kepentingan rakyat.

“Apabila jatuh kerajaan, saya kesal dan kecewa. Tronoh sudah lama dipinggirkan. Jadi, undi tak undi selepas ini tidak menjadi masalah, saya tunaikan tanggungjawab di mana rakyat diutamakan,” katanya.