Agong bakal lakukan lawatan pertama ke Rusia pada Ogos

Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim
A
A
A

MOSCOW – Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim, dijangka mengadakan lawatan rasmi pertama ke Rusia pada bulan Ogos ini, menurut Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Nur Jazlan Mohamed.

"Insya-ALLAH, Yang di-Pertuan Agong Malaysia akan melawat Rusia pada Ogos," kata beliau dalam satu pertemuan bersama Senator Kanan Rusia bagi Hal Ehwal Luar, Grigory Karasin.

Dalam pertemuan itu, beliau turut memaklumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof, yang memegang portfolio berkaitan tenaga dan sumber air, juga dijadual mengadakan lawatan ke Rusia pada penghujung Jun.

Lawatan ini dijangka memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Rusia dalam pelbagai bidang strategik termasuk tenaga, sumber air dan hubungan antarabangsa. – Bernama-Sputnik/Ria Novosti

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!