Sesi latihan rasmi Manchester United

A
A
A
Para pemain Manchester United menjalani sesi latihan rasmi di Stadium Nasional di Bukit Jalil malam ini.

la sebagai persiapan akhir The Red Devils menjelang pertemuan menentang skuad ASEAN All-Stars dalam perlawanan Maybank Challenge Cup esok.

United yang dibimbing Ruben Amorim kelihatan bersemangat tinggi dan fokus sepanjang sesi latihan yang berlangsung kira-kira sejam itu sambil disaksikan peminat serta media tempatan dan antarabangsa.

Antara pemain yang mencuri tumpuan adalah ketua pasukan Bruno Fernandes, Harry Maguire, Andre Onana, Casemiro, Amad Diallo dan Matthijs de Ligt.

Kali terakhir juara Liga Perdana Inggeris 13 kali itu terbang ke Malaysia semasa jelajah pramusim pada tahun 2009 menentang Malaysia XI.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!