‘Otai’ permotoran Cik Din YP meninggal dunia

Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Cik Din YP meninggal dunia pada pagi Selasa.
Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Cik Din YP meninggal dunia pada pagi Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - ‘Otai’ permotoran, Kamarudin Wahid, 80, atau lebih dikenali sebagai Cik Din YP meninggal dunia di kediamannya di Kampung Pasir Baru di sini, pada 6 pagi, Selasa.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak dan menghidap angin ahmar di bahagian kiri badan sejak lebih dua bulan lalu selepas terjatuh di belakang rumahnya seminggu sebelum Aidilfitri lalu.

Menurut seorang pengguna Facebook yang juga rakannya, Azhanyzam Zakaria, jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Jalil, Jalan Puchong.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Cik Din YP telah kembali ke rahmatullah pagi tadi (Selasa). Semoga roh arwah dicucuri rahmat ALLAH SWT dan ditempatkan bersama ahli syurga dan para solihin.

"Terima kasih kepada semua yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada arwah,” tulisnya.

Sementara itu, dalam hantaran berbeza, Azhanyzam memaklumkan bahawa Allahyarham sepatutnya hadir ke acara permotoran RXZ Fighter yang akan diadakan di Kuantan, Pahang, namun hajat tersebut tidak kesampaian.

“Arwah memang seronok apabila penganjur RXZ Fighter jemput beliau. Terima kasih RXZ Fighter kerana menghargai arwah Cik Din YP,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!