Jemaah haji keempat Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung

Allahyarham Mohamad Noor menghembuskan nafas terakhir di Rehab Al-Janadiriyyah, Makkah.
Allahyarham Mohamad Noor menghembuskan nafas terakhir di Rehab Al-Janadiriyyah, Makkah.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang jemaah haji lelaki dari Kuala Rompin, Pahang menjadi individu keempat dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci pada Isnin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, jemaah tersebut, Mohamad Noor Mustaffar, menghembuskan nafas terakhir di Rehab Al-Janadiriyyah, Makkah.

"Saya dengan rasa dukacita merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamad Noor yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.30 pagi, 26 Mei 2025 akibat serangan jantung.

"Allahyarham pergi dalam keadaan mulia sebagai tetamu Allah dalam usaha menunaikan rukun Islam kelima," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Pada Selasa lepas, seorang jemaah lelaki, Aripin @ Ariffin Jawah @ Ab Halim turut dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci akibat serangan jantung, menjadikan ia kes ketiga melibatkan jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini.

Dalam pada itu, menurut Mohd Na’im, Lembaga Tabung Haji telah memaklumkan kepada waris Allahyarham dan akan menguruskan segala keperluan jenazah termasuk pelaksanaan badal haji.

"Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan para solihin. Al-Fatihah," tambah beliau lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!