Gudang sorok minuman keras seludup diserbu

Sebuah gudang di Tasek Gelugor diserbu PPM pada Isnin. Gambar kecil: Antara karton minuman keras tidak bercukai yang dirampas PPM dalam serbuan sebuah gudang di Tasek Gelugor, pada Isnin.
Sebuah gudang di Tasek Gelugor diserbu PPM pada Isnin. Gambar kecil: Antara karton minuman keras tidak bercukai yang dirampas PPM dalam serbuan sebuah gudang di Tasek Gelugor, pada Isnin.
A
A
A

TASEK GELUGOR - Minuman keras seludup bernilai lebih RM100,000 dirampas dalam serbuan di sebuah gudang di Kampung Selamat, di sini pada Isnin.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, serbuan Op Taring Landai kira-kira jam 3 petang dilaksanakan sepasukan Unit Risikan Marin Pulau Pinang bersama Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Tasek Gelugor.

Menurutnya, dua lelaki masing-masing warga tempatan dan warga Myanmar dipercayai penjaga gudang telah ditahan.

"Pemeriksaan pasukan operasi menemui 160 karton minuman keras tidak bercukai bernilai RM103,804.80.

"Kedua-dua suspek berusia 58 dan 36 tahun dengan kesemua rampasan barang telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Tambahnya, PPM akan terus komited membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!