Cedera bahu, Nor Farah Ain direhatkan sementara

Nor Farah Ain. Foto fail Bernama
Nor Farah Ain. Foto fail Bernama
A
A
A

JAGUH boling padang dunia, Nor Farah Ain Abdullah terpaksa berehat seketika daripada menyertai sebarang kejohanan antarabangsa susulan kecederaan bahu kanan yang dialaminya ketika ini.

Atlet berusia 25 tahun itu berkata, kecederaannya perlu mengambil masa sekurang-kurangnya enam minggu untuk pulih dan beliau menyasarkan untuk kembali beraksi di Kejohanan Piala Dunia Boling Padang yang akan berlangsung di tanah air November ini.

"Untuk kejohanan seterusnya sepatutnya di Terbuka Australia tapi saya tidak dapat beraksi sebab kecederaan ini saya perlu direhatkan dan saya akan kembali untuk beraksi pada November ini. Kecederaan ini sudah lama, cuma saya tak rawat jadi ia semakin teruk.

"Untuk ranking saya kalau jatuh kalau masih dalam lima teratas masih OK lagi, kecederaan biasa bagi atlet, jadi tak jadi masalah untuk bangkit dan cari semula momentum walaupun lepas berehat nanti," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran video kesedaran kempen belia bebas dadah di sini pada Isnin.

Menurut World Bowls Series, Nor Farah kini menduduki ranking nombor satu dunia dengan 723 mata di hadapan atlet Scotland Julie Forrest (683) di tangga kedua manakala kedudukan ketiga dihuni Kelsey Cotterell dari Australia (676 mata). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!