SPRM tahan eksekutif kewangan disyaki tipu beli Rumah Impian Bangsa Johor

Wanita berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 4.20 petang Ahad ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Johor.
Wanita berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 4.20 petang Ahad ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Johor.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Seorang pegawai eksekutif kewangan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor kerana disyaki menipu dua individu berkaitan urusan pembelian rumah di bawah Projek Perumahan Impian Bangsa Johor (RIBJ).

Wanita berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 4.20 petang Ahad ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Johor.

Menurut sumber, suspek dipercayai bersekongkol dengan seorang pegawai imigresen wanita bagi memperdaya mangsa kononnya mereka boleh membantu urusan pembelian rumah di bawah projek perumahan tersebut.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek bukan pegawai atau wakil sah mana-mana yayasan yang berkaitan dengan projek itu.

“Mereka dipercayai memperdaya dua individu hingga mangsa menyerahkan kira-kira RM24,000 menerusi pindahan wang secara dalam talian,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah SPRM Johor, Hairul Ilham Hamzah mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Suspek bersama rakan subahatnya dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 1 (Khas Rasuah) Johor Bahru pada Isnin,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!