Kes dera anak: Ibu pula disambung reman

Tempoh reman ibu kepada murid perempuan Tahun Enam yang didakwa didera disambung sehingga 29 Mei ini bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut.
Tempoh reman ibu kepada murid perempuan Tahun Enam yang didakwa didera disambung sehingga 29 Mei ini bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut.
A
A
A

BALIK PULAU - [DIKEMAS KINI] Tempoh reman ibu kepada murid perempuan Tahun Enam yang didakwa didera disambung sehingga 29 Mei ini bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, sebelum ini, wanita berusia 49 tahun itu ditahan bersama suaminya pada Rabu lalu dan direman empat hari sehingga Ahad.

"Reman terhadap wanita berkenaan disambung sehingga 29 Mei ini untuk kita melengkapkan siasatan kes ini," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Pada Sabtu, tempoh reman bapa kepada mangsa turut disambung lima hari lagi sehingga 29 Mei ini.

Lelaki berusia 47 tahun itu sebelum ini direman empat hari dan berakhir pada Sabtu.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan sepasang suami isteri diberkas polis bagi membantu siasatan kes penderaan anak kedua mereka di sebuah rumah di Sungai Ara, di sini.

Polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut daripada guru besar sekolah murid berusia 12 tahun berkenaan pada Selasa lalu.

Susulan daripada itu, pasangan suami isteri itu direman empat hari untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!