Pearly-Thinaah terlepas final Malaysia Masters

Pearly (kiri) dan Thinaah tewas di tangan gandingan China dalam aksi separuh akhir Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu. Foto Bernama
Pearly (kiri) dan Thinaah tewas di tangan gandingan China dalam aksi separuh akhir Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

IMPIAN beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah untuk mara ke pentas akhir Malaysia Masters 2025 tidak kesampaian apabila mereka tewas kepada wakil China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian dalam aksi separuh akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.

Pasangan negara yang merupakan pilihan keempat kejohanan dan juga juara Terbuka Thailand 2025 itu memulakan aksi dengan hambar, dihimpit kesilapan sendiri sebelum akur kalah 16-21 pada set pertama.

Namun, Pearly-Thinaah bangkit dengan lebih tersusun dalam set kedua, memperkemaskan strategi dan corak permainan untuk mengikat kedudukan menerusi kemenangan 21-15, sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Dalam set ketiga, mereka cuba mengekalkan momentum, namun pasangan dari negara Tembok Besar itu lebih berpengalaman dan tenang mengawal permainan, sebelum mencatat kemenangan 21-14 dalam tempoh 74 minit.

Dengan keputusan itu, pasangan China yang kini berada di ranking ketujuh dunia mengukuhkan rekod kemenangan ke atas Pearly-Thinaah kepada 2-1 dalam pertemuan keseluruhan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!