Sejam tangkap ular sawa batik 100kg

Ular sawa batik yang ditangkap APM di Kampung Takir Dalam, Machang pada Sabtu.
Ular sawa batik yang ditangkap APM di Kampung Takir Dalam, Machang pada Sabtu.
A
A
A

MACHANG - Seekor ular sawa batik sepanjang hampir 10 meter dengan berat kira-kira 100 kilogram (kg) berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Machang di Kampung Takir Dalam di sini pada Sabtu.

Operasi mengambil masa lebih sejam itu dilakukan selepas APM menerima panggilan kecemasan daripada Perkhidmatan Respons Kecemasan 999 berhubung keberadaan reptilia tersebut pada jam 12.38 tengah hari.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Machang, Leftenan (PA) Ahmad Suhaizi Ahmad Suahimi, sepasukan empat anggota diketuai Lans Koperal (PA) Ramadan Al-Mubarak digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 12.50 tengah hari.

“Ular sawa itu ditemui berada di dalam sebuah lubang sebelum usaha menangkapnya dijalankan secara berhati-hati oleh pasukan APM Machang,” katanya.

Beliau berkata, tangkapan berjaya dibuat pada jam 1.50 petang tanpa melibatkan sebarang kecederaan kepada pasukan atau penduduk.

Ular sawa itu kemudiannya dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah Machang untuk diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!