Aduan warga asing tiada dokumen tidak dikendali sebaiknya - EAIC

EAIC mengenal pasti terdapat ketidakpatuhan SOP JIM Selangor berkenaan tindakan terhadap seorang warga asing yang melakukan kesalahan imigresen.
EAIC mengenal pasti terdapat ketidakpatuhan SOP JIM Selangor berkenaan tindakan terhadap seorang warga asing yang melakukan kesalahan imigresen.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengenal pasti terdapat ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor berkenaan tindakan terhadap seorang warga asing yang melakukan kesalahan imigresen.

EAIC dalam kenyataan berkata, aduan telah diterima pihaknya terhadap pegawai JIM Selangor.

"Ini berkenaan pegawai yang dikatakan gagal mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas aduan pengadu berkenaan seorang warga asing yang telah tinggal lebih masa dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah di Malaysia.

"Siasatan mendapati terdapat ketidakpatuhan pada SOP Pengurusan Aduan oleh JIM Selangor semasa mereka mengendalikan aduan pengadu sehingga menyebabkan aduan itu tidak dikendalikan dengan sewajarnya," katanya pada Khamis.

Tegasnya, sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk syor hukuman terhadap pegawai yang terlibat kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) JIM.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!