Himpunan tuntut haramkan perkahwinan bawah umur

Himpunan sempena Hari Wanita di Dataran Merdeka Lumpur hari ini.
Himpunan sempena Hari Wanita di Dataran Merdeka Lumpur hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 300 individu berhimpun bagi menyuarakan tujuh tuntutan termasuk mengharamkan perkahwinan bawah umur sempena Hari Wanita di hadapan sebuah pusat membeli belah di sini hari ini.

Penganjur himpunan, Juana Jaafar berkata, tuntutan tersebut juga termasuk menghentikan segala jenis keganasan berdasarkan jantina dan orientasi seksual dan juga jaminan hak dan kebebasan untuk membuat pilihan ke atas tubuh badan serta kehidupan sendiri.

"Gaji sama rata bagi pekerjaan yang sama nilainya, gubal akta kesaksamaan gender dan mengisytiharkan krisis iklim serta merangka rancangan nasional bagi menangani krisis itu," katanya pada sidang media selepas himpunan yang berakhir jam 1 petang.

Juana Jaafar
Juana Jaafar

Bagaimanapun, Juana berkata, pihaknya kesal peserta menerima serangan siber selepas peserta pulang ke rumah masing-masing.

Sebelum itu, kumpulan tersebut berarak secara aman dari pusat membeli belah ke Dataran Merdeka pada jam 11.30 pagi.

Sinar harian turut mendapati beberapa individu membawa sepanduk yang memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak bukan pengantin.

Artikel Berkaitan:

Antara individu yang hadir himpunan di Dataran Merdeka.
Antara individu yang hadir himpunan di Dataran Merdeka.

Salah seorang yang enggan dikenali berucap pada himpunan itu mendakwa, negara sudah merdeka selama 62 tahun tetapi rakyat masih belum merdeka daripada pemikiran sempit.

"Kita sebagai perempuan ada pendirian sendiri. Undang-undang diskriminasi adalah penting untuk setiap orang yang dianggap lain daripada kita," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, pihak penganjur sudah memberikan notis kepada polis.

"Bagaimanapun, kita mendapati notis dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai pemilik tempat himpunan tidak disertakan yang menjadikan notis itu tidak lengkap," katanya ketika dihubungi.

Antara peserta yang hadir himpunan di Dataran Merdeka.
Antara peserta yang hadir himpunan di Dataran Merdeka.