Liga M tidak akan mati, Kelantan kekal beraksi - Annuar Musa

BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berikrar akan membantu dan memastikan saingan berprestij bola sepak tempatan iaitu Liga Malaysia tidak akan mati.
Beliau mengajak semua pihak supaya terus berikhtiar dan tidak menuding jari berhubung masalah tersebut.
"Semua pihak sudah menyumbang. Kelantan (Kelantan Darul Naim FC) akan bersaing di Liga Super Insya-ALLAH.
"Kita urus cara kita, serta belajar dari kelemahan masa lalu. Yang pasti, ada banyak kejutan bakal muncul," katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook miliknya pada Rabu.
Menurut beliau, Kelantan tidak lagi akan menjadi pasukan belasahan pada musim baharu nanti.
Beliau mahu semua pihak bersatu hati dan bersedia berkhidmat demi bola sepak Kelantan dan negara.
"Ayuh..Ayuh..Ayuh Kelate Ku...Musim iniiiii..kita mahu menang...!!!." katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!