Agong kurnia 100 ekor lembu untuk ibadah korban

Sultan Ibrahim berkenan melafazkan niat korban yang dipimpin Munir di Istana Negara pada Selasa. Foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menitahkan daging korban berkenaan diagihkan kepada kakitangan Istana Negara, golongan asnaf dan B40.
Seri Paduka Baginda turut berkenan melafazkan niat korban yang dipimpin Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh, di Istana Negara di sini pada Selasa.
"Bagi menyempurnakan ibadah berkenaan, Sultan Ibrahim turut berkenan mewakilkan kepada urus setia pelaksana korban Istana Negara untuk melaksanakan ibadah korban bagi pihak Seri Paduka Baginda," menurut hantaran itu.
Pegawai Agama Istana Negara turut mendoakan semoga ibadah tersebut diterima Allah SWT dan Seri Paduka Baginda serta seluruh Keluarga Diraja Johor sentiasa dirahmati, diampuni dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!