Pegawai polis tolak rasuah daripada PATI

Seorang pegawai polis mempamerkan semangat intergriti tinggi apabila menolak tawaran rasuah dari pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Bangladesh bagi mengelakkan dari ditahan selepas pasport miliknya tamat tempoh dan tinggal lebih masa di negara ini.

A
A
A

TUMPAT - Seorang pegawai polis mempamerkan semangat integriti tinggi apabila menolak tawaran rasuah dari pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh bagi mengelakkan daripada ditahan selepas pasport miliknya tamat tempoh dan tinggal melebihi had masa di negara ini.

Lelaki terbabit bersama rakannya yang juga merupakan PATI warga Myanmar ditahan berhampiran sebuah kawasan pembinaan di sini pada Ahad.

Difahamkan, semasa disoal siasat warganegara Bangladesh tersebut cuba memberi rasuah dengan menghulurkan wang di dalam genggamannya ke arah pegawai berkenaan.

Selepas beberapa kali amaran diberikan lelaki terbabit tetap berkeras menghulurkan duit.

Pegawai berkenaan menahan kedua-dua PATI untuk tindakan lanjut.

Sementara itu Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Rosli Husain mengesahkan menerima laporan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17 B Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!