Pendaki warga Britain pecah rekod sendiri

KATHMANDU - Musim pendakian Gunung Everest kali ini menyaksikan pendaki solo warga Britain, Kenton Cool, berjaya menawan puncak tertinggi di dunia itu buat kali ke-19, sekali gus memecahkan rekodnya sendiri.
Cool, 51, bersama malim gunung dari Nepal, Dorji Gyaljen, tiba di ketinggian 8,849 meter pada jam 11 pagi (waktu tempatan) pada Ahad.
Beliau pertama kali mendaki Everest pada tahun 2004 dan telah menyertai ekspedisi serupa hampir setiap musim pendakian sepanjang 21 tahun lalu.
Difahamkan, Gyaljen pula mencipta rekod mendaki Everest buat kali ke-23, manakala seorang lagi sherpa, Kami Rita, 55, juga sedang mencuba untuk mempertingkatkan pencapaian peribadinya dengan menawan puncak gunung itu buat kali ke-31.
Cool mengatasi rekodnya sendiri ketika musim pendakian kali ini yang turut menyaksikan dua kematian melibatkan pendaki dari India, Subrata Ghosh, dan dari Filipina, Philipp Santiago II, pada minggu lalu.
Setakat ini, lebih 50 pendaki dilaporkan berjaya menawan puncak Everest sejak musim pendakian musim bunga bermula bulan lalu, berikutan keadaan cuaca yang lebih baik dan tiupan angin yang biasanya lebih tenang. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

