Pendedahan anak bongkar salah laku seksual guru tuisyen

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun menjadi mangsa amang seksual seorang guru tuisyen. Foto hiasan
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun menjadi mangsa amang seksual seorang guru tuisyen. Foto hiasan
A
A
A

AMPANG JAYA - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun mengalami detik hitam apabila menjadi mangsa amang seksual seorang guru tuisyen di Pandan Indah sejak Mac lalu.

Perbuatan terkutuk suspek itu terbongkar setelah ibu mangsa bertanyakan berkaitan perkembangan pelajaran anaknya yang merupakan pelajar di sebuah pusat tuisyen itu.

Mangsa kemudiannya menceritakan perilaku suspek yang merupakan guru tuisyennya terhadap mangsa.

Mangsa turut mendakwa kejadian itu berlaku sejak Mac lalu selepas guru itu mula mengajar di pusat tuisyen berkenaan sejak dua bulan lalu.

Ibu mangsa yang terkejut dengan pendedahan anaknya itu kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah.

Menurut sumber, susulan kejadian suspek kemudiannya diberkas pihak polis kira-kira jam 11.45 pagi pada Selasa untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau memaklumkan suspek terbabit kini direman dan suspek akan didakwa pada Selasa ini berhubung kes terbabit.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!