Kanak-kanak perempuan hilang dihanyutkan air longkang

Seorang kanak-kanak perempuan warga Rohingya berusia 10 tahun dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras air longkang di hadapan Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Kampung Cheras Baru, pada Isnin. Gambar hiasan
Seorang kanak-kanak perempuan warga Rohingya berusia 10 tahun dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras air longkang di hadapan Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Kampung Cheras Baru, pada Isnin. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan warga Rohingya berusia 10 tahun dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras air longkang di hadapan Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Kampung Cheras Baru hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 6.07 petang menerusi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

"Sebaik menerima laporan, anggota polis dan bomba telah digerakkan ke lokasi kejadian dan dimaklumkan terdapat dua kanak-kanak perempuan terjatuh ke dalam longkang berkenaan.

"Seorang daripada kanak-kanak itu yang berusia 11 tahun warga Rohingya berjaya diselamatkan oleh orang awam," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, usaha mencari dan menyelamat mangsa kedua yang hilang dijalankan oleh pasukan penyelamat dengan kerjasama IPD Ampang Jaya dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang.

"Operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada 10.30 malam memandangkan cuaca gelap serta hujan dan akan disambung semula pada esok bermula jam 8 pagi,” katanya.

Mohd Azam meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!