Pelajar Tingkatan Tiga hilang selepas pulang sekolah

Nur Iman dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah selepas sesi persekolahan pada Jumaat lalu.
Nur Iman dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah selepas sesi persekolahan pada Jumaat lalu.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah selepas sesi persekolahan pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, remaja berkenaan dikenali sebagai Nur Iman Iskandar Abdullah, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Indah.

Menurutnya, laporan kehilangan pelajar Tingkatan Tiga itu dibuat oleh bapanya yang berusia 36 tahun di Balai Polis Taman Bukit Indah, kira-kira jam 4 petang pada hari sama.

“Kali terakhir orang hilang (OH) dilihat memakai baju Melayu kerana menghadiri jamuan Hari Raya di sekolah. Dipercayai berlaku perselisihan faham antara OH dengan keluarga.

“Nur Iman Iskandar mempunyai ketinggian 153 sentimeter dan berat badan kira-kira 50 kilogram, berkulit sawo matang serta berbadan sederhana,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Justeru itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat agar menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Muhammad Izra Syamir Iruan di talian 013-9052230, atau Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622 / hotline 07-5114486.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!