Dua individu ditemui mati dalam rumah inap disahkan suami, isteri

Rusdi (kiri), Laporan Sinar Harian berhubung pasangan warga Singapura ditemui mati di rumah inap
Rusdi (kiri), Laporan Sinar Harian berhubung pasangan warga Singapura ditemui mati di rumah inap
A
A
A

KUALA LUMPUR – Dua individu warga Singapura yang ditemui mati di sebuah rumah inap di Taman Tayton View, Cheras pada Jumaat lalu disahkan sebagai pasangan suami isteri.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan lanjut mendapati tiada unsur jenayah berhubung kejadian tersebut.

“Siasatan mendapati punca kematian kedua-dua mangsa adalah kematian mengejut (SDR). Mayat pasangan suami isteri itu kini berada di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan keluarga mereka telah dimaklumkan berhubung kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Kesejahteraan Komuniti Bandar Selamat PPR Bestari di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa dua individu warga Singapura ditemui mati dalam sebuah bilik di rumah inap tersebut, di mana kesemua ruang udara pada bahagian pintu dan tingkap telah ditutup dengan pita pelekat serta plastik sampah. Kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, mayat lelaki berusia 43 tahun dan wanita berusia 33 tahun itu ditemukan oleh pekerja rumah inap berkenaan yang memeriksa kediaman itu selepas mangsa gagal dihubungi beberapa kali menerusi panggilan telefon.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!