Program Treasure Hunt dedah penyiasatan jenayah

Wong Ing Fung (tengah) merasmikan Program Treasure Hunt @ Crime Awareness Challenge di Dataran Gemilang, UKM, di sini, hari ini.
Wong Ing Fung (tengah) merasmikan Program Treasure Hunt @ Crime Awareness Challenge di Dataran Gemilang, UKM, di sini, hari ini.
A
A
A

BANGI - Program Treasure Hunt @ Crime Awareness Challenge yang berkonsepkan penyiasatan jenayah mampu memberi kesedaran jenayah kepada warga kampus dan komuniti.

Program julung kalinya dianjurkan Mahasiswa Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) berjaya menarik kira-kira 400 mahasiswa UKM.

Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan, Senior Asisten Komisioner Wong Ing Fung berkata, para peserta menjejak ‘petunjuk jenayah’ sambil mempelajari proses penyiasatan secara langsung, dalam suasana yang menyeronokkan dan mendidik.

"Program ini bukan sahaja sebagai platform untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang bahaya jenayah, tetapi turut menyemai keprihatinan dalam memikul tanggungjawab sosial sebagai warganegara yang cintakan keamanan dan keselamatan negara.

Wong Ing Fung (tengah belakang) bergambar bersama mahasiswa penganjur pada Program Treasure Hunt @ Crime Awareness Challenge.
Wong Ing Fung (tengah belakang) bergambar bersama mahasiswa penganjur pada Program Treasure Hunt @ Crime Awareness Challenge.

“Antara pengisian menarik yang turut mendapat sambutan ialah sesi ceramah ‘Jangan Kena Scam’ oleh wakil ABM, yang membongkar taktik terkini digunakan scammer dalam penipuan kewangan,”katanya selepas merasmikan program tersebut di Dataran Gemilang UKM, hari ini.

Beliau turut menzahirkan harapan agar warga kampus dapat menjadi rakan strategik PDRM dalam usaha pencegahan jenayah secara kolektif.

“Diharapkan penganjuran program ini dapat menyumbang ke arah komuniti kampus yang lebih cakna, berpengetahuan dan berdaya tahan dalam memerangi jenayah,”katanya.

Artikel Berkaitan:

Pengunjung yang hadir mendapatkan maklumat di Program Treasure Hunt @ Crime Awareness Challenge di Dataran Gemilang, UKM, di sini.
Pengunjung yang hadir mendapatkan maklumat di Program Treasure Hunt @ Crime Awareness Challenge di Dataran Gemilang, UKM, di sini.

Hadir sama, Pemangku Dekan FSSK, Prof Dr Kadaruddin Aiyub dan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof.

Program turut diserikan dengan senamrobik beramai-ramai serta cabaran permainan interaktif yang menguji pengetahuan dan refleks keselamatan para peserta sekaligus menjadikan keseluruhan program sebagai satu pengalaman menyeluruh dalam membina kesedaran dan kesiapsiagaan terhadap jenayah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!