Aaron-Wooi Yik mara separuh akhir Terbuka Thailand

BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyasarkan untuk merangkul gelaran Terbuka Thailand 2025 selepas menundukkan pasangan muda senegara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King pada aksi suku akhir di Stadium Nimibutr, Bangkok pada Jumaat.
Gandingan pilihan kedua kejohanan sebelum itu tidak berdepan masalah untuk mengetepikan Wan Arif-Roy King straight set 21-12, 21-13, sekali gus mara ke separuh akhir bertemu pilihan kelima kejohanan dari tuan rumah, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh, pada Sabtu.
Mengulas mengenai kemenangan itu, Aaron berkata, mereka kini memberi fokus sepenuhnya kepada setiap perlawanan dan berharap merangkul gelaran tersebut tahun ini.
"Sudah tentu kami berharap dapat pergi sejauh mungkin dan muncul juara, tetapi buat masa ini, kami perlu berikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.
"Untuk esok, kami hanya perlu bersedia dan memberikan segalanya dalam perlawanan. Menang atau kalah, itu soal kedua, asalkan kami sudah beri yang terbaik," katanya selepas perlawanan.
Aaron turut juga turut menyifatkan perkembangan beregu lelaki muda seperti Wan Arif-Roy King, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal yang menyertai kejohanan utama sebagai petanda positif buat badminton negara.
"Beregu muda menunjukkan peningkatan, dan kita semakin ramai beregu lelaki yang bersaing dalam kejohanan utama - ini sesuatu yang sihat untuk Malaysia," katanya.
Sementara itu, Wan Arif mengakui mereka gagal mempamerkan aksi terbaik ketika berdepan gandingan senior, Aaron-Wooi Yik, dan menekankan perlunya penambahbaikan dalam aspek tertentu.
"Sayangnya kami tak bermain pada tahap terbaik hari ini, dan itu menyebabkan kami tewas. Selepas perlawanan, kami sedar perlu lebih fokus terhadap servis dan konsistensi dalam strategi permainan," katanya.
Kali terakhir beregu lelaki negara menjuarai Terbuka Thailand adalah pada 2009 menerusi Chan Peng Soon-Lim Khim Wah.
Gandingan emas negara, Pearly Tan- M Thinaah juga mara apabila memerlukan 34 minit untuk menyingkirkan wakil China, Chen Qing Chen-Wang Ting Ge.
Pasangan ranking keempat dunia itu menewaskan Chen-Wang 21-14, 21-11 untuk menempah pertemuan dengan Rui Hirokami-Sayaka Hobara dari Jepun di separuh akhir.
TERBUKA THAILAND
Perseorangan Lelaki:
[5] Loh Kean Yew (Singapura ) menang ke atas Ramus Gemke (Denmark) 15-21, 21-12, 21-11
[2] Ander Antonsen (Denmark) menang ke atas Jeon Hyeok Jin (Korea Selatan)
[1] Kunlavut Vitidsarn (Thailand) mn [6] Kenta Nishimoto (Jepun) 21-16, 21-18
BEREGU LELAKI
[1] Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto (Indonesia) mn [7] Liu Kuang Heng-Yang Po Han (Taiwan) 21-18, 21-17
William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer (Denmark) menang ke atas [8] Lee Fang-Chih-Lee Fang-Jen 21-18, 21-14
Kittinupong Kerden-Dechapol Puavaranukroh (Thailand) menang ke atas [4] Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani (Indonesia) 21-18, 21-13
PERSEORANGAN WANITA
[2] Chen Yu Fei (China) menang ke atas Pornpicha Choeikeewong (Thailand) 21-15, 21-14
[3] Tomoka Miyazaki (Jepun) menang ke atas [7] Ratchanok Intanon (Thailand) 21-16, 21-16
BEREGU WANITA
Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo (Korea Selatan) menang ke atas [2] Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi (Indonesia) 21-13, 21-8
Rui Hirokami-Sayaka Hobara (Jepun) menang ke atas Meilysa Trias Puspitasari-Rachel Allessya Rose (Indonesia) 21-9, 21-16
Hsu Ya Ching-Sung Yu-Hsuan (Taiwan ) menang ke atas [6] Hsu Yin-Hui-Lin Jhih Yun (Taiwan) 21-9, 21-18
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!