Trump jadi datuk untuk kali ke-11

Donald Trump. Foto AFP
Donald Trump. Foto AFP
A
A
A

NEW YORK - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menjadi datuk buat kali ke-11 susulan kelahiran bayi lelaki kepada anak perempuannya, Tiffany Trump, lapor agensi berita TASS.

"Selamat datang ke dunia, putera kecil kami, Alexander Trump Boulos. Kami menyayangimu lebih daripada kata-kata! Terima kasih kerana hadir dalam hidup kami!” tulis Tiffany di platform X.

Beliau turut mendedahkan bayi itu dilahirkan pada 15 Mei 2025. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!