Beruang matahari 90kg masuk perangkap

Beruang matahari jantan seberat 90 kg itu akan dilepaskan ke habitat asal bagi memastikan kesinambungan hidup haiwan berkenaan.
Beruang matahari jantan seberat 90 kg itu akan dilepaskan ke habitat asal bagi memastikan kesinambungan hidup haiwan berkenaan.
A
A
A

SETIU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menangkap seekor beruang matahari jantan seberat 90 kilogram di Kampung Pelong, di sini, pagi Rabu.

Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, tangkapan itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan mengenai kehadiran haiwan liar tersebut di kawasan kebun penduduk kampung pada 8 Mei lalu.

"Susulan laporan itu, kita telah memasang satu perangkap dan beruang itu telah masuk ke dalam perangkap pada pagi semalam (Rabu).

Seekor beruang matahari jantan seberat 90 kg berjaya ditangkap Perhilitan Terengganu di Kampung Pelong, Setiu.
Seekor beruang matahari jantan seberat 90 kg berjaya ditangkap Perhilitan Terengganu di Kampung Pelong, Setiu.

"Ketika ditangkap, ia berada dalam keadaan stabil dan sihat sebelum dilepaskan semula ke habitat asal bagi memastikan kelangsungan hidupnya," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati penduduk, khususnya pemilik kebun, supaya sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekitar.

"Langkah ini bagi mengelakkan kawasan sekitar kebun menjadi tarikan seterusnya mengundang kehadiran haiwan liar," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!