Polis Kelantan tunggu laporan makmal kes pemandu didakwa mabuk sebabkan kematian

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU – Polis Kelantan sedang menunggu laporan makmal melibatkan seorang pemandu kereta yang didakwa mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang wanita dalam kemalangan di Lebuhraya Ketereh–Kota Bharu di sini, pada Rabu malam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, sampel darah pemandu tersebut sudah dihantar ke sebuah makmal kimia di Terengganu untuk dianalisis.

“Jadi, nasihat saya jangan buat sebarang spekulasi yang boleh mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat hari ini.

“Kita perlu tunggu laporan makmal, barulah kita tahu sama ada pemandu itu mabuk atau sebaliknya sebagaimana diperkatakan oleh warganet,” katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.

Terdahulu, beliau merasmikan Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang wanita maut manakala lima yang lain cedera termasuk dua parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Ketereh–Kota Bharu.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam itu meragut nyawa Syasya Nadiah Mohd Sabri @ Ismail, 27 tahun.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Azhar Mohamed berkata, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu seorang lelaki berusia 41 tahun dan sebuah Proton Exora yang dinaiki enam mangsa bersaudara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!