Pertemuan Anwar, Putin lakar detik sejarah

Anwar tiba di Lapangan Terbang Vnukovo-2 Moscow bagi memulakan lawatan rasmi di Moscow, Rusia. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar tiba di Lapangan Terbang Vnukovo-2 Moscow bagi memulakan lawatan rasmi di Moscow, Rusia. Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam lawatan rasmi ke negara itu disifatkan sebagai detik bersejarah buat Malaysia.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Anwar merupakan Ketua Kerajaan Malaysia pertama dalam tempoh 20 tahun yang menerima Kawalan Kehormatan Utama dari Moscow.

“Pertemuan beliau dan Putin yang dijadualkan berlangsung pada sebelah petang atau malam ini akan disiarkan secara langsung menerusi RTM.

“Ini merupakan detik bersejarah dan sudah pasti akan membuka peluang untuk hubungan yang lebih erat, termasuk dalam aspek perdagangan,” katanya pada Rabu.

Anwar mengetuai delegasi rasmi ke Rusia selama empat hari dan dijadual mengadakan pertemuan peringkat tertinggi bersama Presiden Putin serta Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin bagi memperkukuh kerjasama baharu dalam pelbagai bidang strategik.

Beliau turut dijadualkan bertemu beberapa pemimpin industri utama Rusia bagi menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi ke Malaysia.

Anwar yang juga Menteri Kewangan akan berada di Moscow sehingga Jumaat sebelum meneruskan perjalanan ke Kazan bagi menghadiri Mesyuarat Kumpulan Visi Strategik Russia–Islamic World dan KazanForum.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!