Keputusan STAM 2024 diumum 20 Mei – KPM

KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2024 akan diumumkan pada 20 Mei ini, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
KPM dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa seramai 4,507 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lepas, di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Menurut kenyataan itu, semua calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh tersebut.
“Bagi calon persendirian, mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk mendapatkan keputusan,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian menerusi pautan myresultstam.moe.gov.my, untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan bermula jam 10 pagi, 20 Mei hingga 6 petang, 26 Mei.
Semakan juga boleh dibuat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diaktifkan dari jam 10 pagi, 20 Mei hingga 6 petang, 26 Mei, dengan menaip STAM
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
