Pemandu lori maut tersepit, bomba ambil dua jam keluarkan mangsa

Lori dipandu mangsa terbabas dan terbalik di selekoh berbukit berhampiran JTS Viewing Point, Jalan Tun Sardon dekat Kampung Pondok Upeh dalam kejadian malam Isnin.
Lori dipandu mangsa terbabas dan terbalik di selekoh berbukit berhampiran JTS Viewing Point, Jalan Tun Sardon dekat Kampung Pondok Upeh dalam kejadian malam Isnin.
A
A
A

BALIK PULAU - Seorang lelaki maut selepas lori membawa muatan tar yang dipandunya terbabas dan terbalik di selekoh berbukit berhampiran JTS Viewing Point, Jalan Tun Sardon, dekat Kampung Pondok Upeh, malam Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.22 malam itu, mangsa dikenali sebagai Shahrizal Ahmad, 44, disahkan meninggal dunia selepas tersepit di ruang kabin lori yang dipandunya.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Faiz Helmi berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengeluarkan mangsa.

Menurutnya, seramai sembilan anggota dari BBP Seri Balik Pulau dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

"Ketika tiba di lokasi pada jam 10.45 malam, didapati lori membawa muatan tar itu telah terbabas dan terbalik di bahu jalan berbukit. Seorang mangsa lelaki didapati tercampak dan tersepit di bahagian belakang tempat duduk pemandu.

"Kerja-kerja penstabilan kenderaan serta operasi menyelamat dilakukan menggunakan peralatan khas ‘Rescue Tool’. Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 12.48 tengah malam," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau menambah, mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi kejadian.

"Pihak KKM mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 1.35 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!