Harimau kumbang dikesan lintas Jalan Temiang-Pantai

SEREMBAN – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berwaspada ketika melalui Jalan Temiang-Pantai.
Pengarahnya, Faizal Izham Pikri berkata, nasihat itu susulan penularan video mengenai seekor harimau kumbang yang dikesan melintas jalan berkenaan untuk ke hutan berhampiran.
“Beberapa papan tanda amaran berkenaan laluan haiwan liar sebelum ini telah pun dipasang di kawasan itu. (Mengenai video tular) Unit Harimau Malaya kita akan terus memantau perkara itu.
“Hasil pemerhatian terhadap video yang tular itu, kita dapati haiwan tersebut hanya melintas untuk menyeberangi ke hutan sebelah,” katanya kepada Bernama di sini, pada Isnin.
Terdahulu, tular video berdurasi 11 saat yang memaparkan harimau kumbang melintas di Jalan Temiang-Pantai. – Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
