Sindiket jual cecair vape 'magic mushroom' kian berleluasan di media sosial

Kerajaan digesa sekat sepenuhnya pengimportan cecair vape dari luar negara sebagai langkah tegas bagi mengelak lambakan produk tidak berdaftar di pasaran. Gambar kecil: Shahabudeen
Kerajaan digesa sekat sepenuhnya pengimportan cecair vape dari luar negara sebagai langkah tegas bagi mengelak lambakan produk tidak berdaftar di pasaran. Gambar kecil: Shahabudeen
A
A
A

KUALA LUMPUR – Sindiket penyeludupan bahan terlarang kini semakin berani apabila menjual secara terbuka cecair vape mengandungi bahan psikoaktif seperti 'magic mushroom' menerusi platform media sosial.

Ketua Pegawai Eksekutif Nanostix Innovations Sdn Bhd, Shahabudeen Jalil berkata, kegiatan ini dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan peranti vape untuk tujuan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

“Produk berbahaya ini bukan dikeluarkan oleh syarikat sah tempatan, sebaliknya dibawa masuk secara haram melalui aktiviti penyeludupan yang gagal dikesan pihak berkuasa.

“Isu utama yang perlu diberi perhatian adalah kawalan di pintu masuk negara dan penguatkuasaan tempatan, bukan menyalahkan industri yang beroperasi mengikut undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Larangan terhadap vape sah hanya akan memberi laluan kepada pasaran gelap berkembang tanpa kawalan dan meningkatkan risiko terhadap kesihatan awam.
Larangan terhadap vape sah hanya akan memberi laluan kepada pasaran gelap berkembang tanpa kawalan dan meningkatkan risiko terhadap kesihatan awam.

Shahabudeen turut mengkritik tindakan beberapa kerajaan negeri yang mengharamkan penjualan vape sah kerana menurutnya ia hanya mengalihkan fokus daripada masalah sebenar, iaitu jenayah penyeludupan dan pasaran gelap.

“Larangan terhadap produk yang sah hanya akan membuka laluan kepada pasaran gelap berkembang tanpa kawalan, sekali gus meningkatkan risiko terhadap kesihatan awam,” katanya.

Beliau menggesa kerajaan agar menyekat sepenuhnya pengimportan cecair vape dari luar negara sebagai langkah kawalan yang lebih berkesan.

Artikel Berkaitan:

“Langkah ini penting bagi memastikan hanya produk yang memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti dibenarkan berada di pasaran tempatan.

“Tanpa kawalan rapi, generasi muda akan terus menjadi sasaran sindiket yang mengeksploitasi vape untuk penyalahgunaan dadah,” tegasnya.

Shahabudeen turut menggesa agar undang-undang berkaitan diperketat dan masyarakat diberi pendedahan jelas untuk membezakan antara vape sah dan produk haram.

“Sudah tiba masanya semua pihak berganding bahu memerangi penyalahgunaan bahan terlarang ini tanpa menghukum industri tempatan yang mematuhi peraturan sedia ada,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!