Kediaman setaraf hotel

Hilmi (tengah) menyaksikan Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Malvest Riang Ria Arika@ Kubang Kerian dan Maplehome pada Sabtu.
Hilmi (tengah) menyaksikan Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Malvest Riang Ria Arika@ Kubang Kerian dan Maplehome pada Sabtu.
A
A
A

PERJANJIAN Persefahaman (MoU) antara Malvest Riang Ria Arika@ Kubang Kerian dan Maplehome pada Sabtu bakal menyaksikan pengurusan penginapan kediaman di Arika setaraf hotel.

MoU itu ditandatangani Pengarah Urusan Kumpulan Malvest, Tan Kian Boon dengan Pengarah Urusan Maplehome iaitu Danny Hor disaksikan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, Hilmi Abdullah.

Menurut Kian Boon, pihaknya menjalin kerjasama strategik dengan Maplehome untuk memberi manfaat yang lebih menyeluruh kepada pembeli kediaman di Arika@Kubang Kerian.

"Maplehome merupakan pemegang Malaysia Book of Record untuk pengurusan penginapan jangka pendek terbesar di Malaysia," katanya ketika berucap sempena Majlis Perjanjian Memorandum Persefahaman antara Arika@Kubang Kerian dengan Maplehome Untuk Pengurusan Penginapan Jangka Pendek.

Jelas beliau, kepercayaan diberikan kepada syarikat berkenaan kerana menawarkan perkhidmatan pengurusan inap desa berkualiti.

Kian Boon (tengah) menunjukkan replika bangunan Arika@Kubang kepada Hilmi.
Kian Boon (tengah) menunjukkan replika bangunan Arika@Kubang kepada Hilmi.

Beliau juga yakin kerjasama itu akan mewujudkan penginapan selesa kepada penduduk sekitar, pelancong serta kakitangan dan pelajar Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM).

"Ini akan menawarkan pulangan yang menarik kepada pemilk Arika menikmati hasil sewa yang tinggi serta peningkatan harga hartanah kelak," jelasnya.

Kian Boon memberitahu, kerja-kerja pembinaan Arika@Kubang Kerian kini sedang giat dijalankan dan dijangka siap mengikut jadual pada suku keempat tahun depan.

Artikel Berkaitan:

"Kita sedia maklum bahawa ekonomi global kini dalam keadaan yang tidak menentu akibat perang dagang dan kejatuhan nilai mata wang menyebabkan harga aset pelaburan lain seperti emas dan hartanah semakin tinggi ekoran permintaan untuk pelaburan yang selamat," ujarnya.

Justeru katanya, pelaburan ke atas Arika@Kubang Kerian tepat pada masanya dan merupakan pilihan bijak terutama kedudukan Arika yang strategik berdekatan USM selain lebih 45 jenis kemudahan pangsapuri perkhidmatan ditawarkan.

Katanya lagi, melalui kerjasama dengan Maplehome, pemilik kediaman dapat memaksimumkan pulangan pelaburan melalui sewa yang menarik serta menikmati peningkatan harga selepas siap sepenuhnya.

Pada majlis sama turut diadakan Pelancaran Cabutan Bertuah Beli Rumah Impian, Menangi Kereta yang disempurnakan oleh Hilmi.

Hilmi (kanan) merasmikan Pelancaran Cabutan Bertuah Beli Rumah Impian, Menangi Kereta.
Hilmi (kanan) merasmikan Pelancaran Cabutan Bertuah Beli Rumah Impian, Menangi Kereta.

Kian Boon berkata, pembeli yang layak berpeluang memenangi hadiah utama iaitu kereta elektrik (EV) dan barangan lumayan lain termasuk iPhone16, iPad serta wang tunai.

Sementara itu, Hilmi berkata, pembangunan pesat di Kubang Kerian kini menjadi faktor lebih ramai individu memilih untuk tinggal di bandar baharu itu.

Katanya lagi, melalui pembangunan dan pelebaran jalan raya selain kewujudan hospital pakar terbaik di Pantai Timur, menjadi pilihan kepada pembeli kediaman yang bijak menjadikan Arika sebagai pelaburan.

"Saya dimaklumkan jualannya kini sudah mencapai 60 peratus dan bakal menjadi bangunan paling tinggi di Kelantan iaitu 42 tingkat selepas Troika iaitu 36 tingkat," ujarnya.

Beliau turut berharap pembinaan 668 unit kediaman itu siap lebih awal bagi membolehkan pembeli menikmati keselesaan kediaman sendiri di lokasi itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!