Lelaki pecah cermin kenderaan rasmi Pejabat Ahli Parlimen Sri Gading positif dadah

Seorang lelaki yang dipercayai memecahkan cermin sebuah kenderaan milik Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Gading pada Sabtu disahkan positif dadah.
Seorang lelaki yang dipercayai memecahkan cermin sebuah kenderaan milik Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Gading pada Sabtu disahkan positif dadah.
A
A
A

BATU PAHAT – Seorang lelaki yang dipercayai memecahkan cermin sebuah kenderaan milik Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Gading pada Sabtu disahkan positif dadah.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi di hadapan pusat khidmat tersebut di Parit Yaani.

“Siasatan awal mendapati suspek menaiki motosikal sebelum memecahkan cermin kenderaan yang digunakan oleh kakitangan pusat khidmat berkenaan.

“Suspek, seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun, telah ditahan kira-kira jam 3 petang pada hari sama di sebuah rumah di kawasan Tongkang Pechah.

“Turut dirampas ialah kenderaan, pakaian dan peralatan yang dipercayai digunakan semasa kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan kini ditahan reman selama empat hari sehingga 14 Mei ini bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!