Misi skuad badminton negara di Taiwan berakhir

MISI skuad badminton negara dalam saingan Terbuka Taiwan di Taipei berakhir pada Sabtu.
Ia selepas beregu campuran, Chen Tang Jie-Chan Wen Tse kandas di peringkat separuh akhir selepas tewas di tangan Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu.
Dalam aksi di Arena Taipei itu, pasangan negara yang baru digandingkan tumpas straight set.
Pengalaman ternyata memihak gandingan Indonesia itu yang menang 11-21, 15-21 dalam tempoh 38 minit permainan pada kejohanan berstatus Super 300 itu.
Sebagai rekod, pasangan negara itu digandingkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) susulan isu melibatkan Tan Jie dan pasangannya, Toh Ee Wei sebelum ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
