Pelajar bunuh rakan selepas mangsa enggan lagi bertegur sapa dengannya

DHAR, INDIA – Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun ditemui mati dalam keadaan tragik di sebuah ladang pertanian di daerah Dhar, Madhya Pradesh selepas dipercayai dibunuh oleh rakan sekelasnya kerana mangsa tidak lagi mahu bertegur sapa dengannya.
Menurut kenyataan rasmi polis pada Ahad, mayat pelajar Tingkatan Atas itu ditemui pada hari Sabtu lalu di sebuah kawasan ladang yang terletak dalam bidang kuasa Balai Polis Umarban, kira-kira 70 kilometer dari ibu pejabat daerah.
Pegawai Polis, Gitesh Garg memaklumkan siasatan segera dilancarkan sebaik menerima maklumat berhubung kejadian tersebut.
"Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah diganggu oleh rakan sekelasnya sendiri. Suspek yang berasa kecewa selepas mangsa tidak lagi bercakap dengannya telah mengatur pertemuan pada malam Jumaat di kawasan ladang tersebut sebelum bertindak menikam mangsa menggunakan senjata tajam," katanya.
Suspek telah ditahan dan mengaku membunuh mangsa semasa sesi soal siasat dijalankan pihak polis.
Pihak berkuasa kini sedang menunggu hasil siasatan forensik untuk tindakan lanjut mengikut lunas undang-undang.-Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

