Enam maut nahas helikopter tentera udara Sri Lanka

Ambulans membawa mangsa nahas helikopter Tentera Udara Sri Lanka yang terhempas ke dalam Takungan Maduru Oya di Wilayah Tengah Utara negara itu pada pagi Jumaat. Foto AFP
Ambulans membawa mangsa nahas helikopter Tentera Udara Sri Lanka yang terhempas ke dalam Takungan Maduru Oya di Wilayah Tengah Utara negara itu pada pagi Jumaat. Foto AFP
A
A
A

COLOMBO – Enam anggota tentera maut akibat kecederaan yang dialami selepas sebuah helikopter Tentera Udara Sri Lanka terhempas ke dalam Takungan Maduru Oya di Wilayah Tengah Utara negara itu pada pagi Jumaat, menurut jurucakap tentera, lapor Xinhua.

Jurucakap Tentera Udara, Eranda Geeganage berkata, terdapat 12 individu di dalam pesawat berkenaan semasa nahas berlaku, termasuk dua juruterbang, dan enam daripada mereka disahkan meninggal dunia selepas dihantar ke hospital berhampiran.

Beliau berkata, enam lagi mangsa masih menerima rawatan di hospital.

Terdahulu, Geeganage memaklumkan bahawa kesemua 12 orang dalam pesawat tersebut selamat dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Insiden itu berlaku semasa demonstrasi yang diadakan sempena majlis tamat latihan Tentera Udara Sri Lanka. - Bernama- Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!