Pesawat polis Thailand terhempas dalam laut, enam maut

Sebuah pesawat kecil polis terhempas berhampiran pantai bandar peranginan Hua Hin, wilayah Phetchaburi, Thailand pada pagi Jumaat, mengorbankan enam orang. Foto Reuters
Sebuah pesawat kecil polis terhempas berhampiran pantai bandar peranginan Hua Hin, wilayah Phetchaburi, Thailand pada pagi Jumaat, mengorbankan enam orang. Foto Reuters
A
A
A

BANGKOK - [DIKEMAS KINI] Sebuah pesawat kecil polis terhempas berhampiran pantai bandar peranginan Hua Hin, wilayah Phetchaburi, Thailand pada pagi Jumaat, mengorbankan enam orang, menurut polis Thailand.

Polis negara Thailand menyatakan di laman media sosial bahawa pesawat dari bahagian penerbangan polis itu terhempas ke laut sejurus selepas berlepas, dengan kesemua enam orang di dalam pesawat terbunuh, lapor Xinhua.

Menurut polis kemalangan itu berlaku semasa pesawat sedang menjalankan ujian penerbangan untuk latihan payung terjun. Punca kemalangan akan disiasat.

Pusat Kecemasan Polis wilayah Phetchaburi berkata mereka menerima pemberitahuan mengenai insiden pesawat itu pada kira-kira jam 8.15 pagi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!